hari ni aku nak gossip... sambil bergossip ni, it also works as a reminder to all of us out there (including me) about adab sopan hidup berjiran..... i live in Pasir Gudang for almost a year now... n alhamdulillah, we have 2 very nice immediate neighbours kiri n kanan rumah sewa we all ni... belah kiri is a young couple, sebaya dgn we all, ayu n awie with their adorable twin babies, syakira n zulaikha..... belah kanan pulak, a chinese family yg aku tak penah tau nama derang apa, but they are in fact, very nice people as well.... (esp mak the chinese lady tu... banyak cakap! heheh...) so, i call them "Cina sebelah"... they have two boys n one girl... anak pompuan dia sangat comeyyy.. mcm anak patung... dia cuma gheti babai kat aku every time we all terserempak.. yg lain2, aku cakap melayu, dia balas mandarin... aku cakap english, dia bantai mandarin gak.. last2, aku give up! hehe...
rumah yg we all duduk ni, somehow ada sangat low absorption of noise or bunyi... so, kadang2 jiran2 dua-tiga pintu away buat apa pun boleh dengar sampai our house.. but, since tak pernah mengganggu tido malamku, nevermind! sebelah kanan rumah Cina sebelah ni adalah rumah sewa budak2 bujang (BBB) yg keje kat MMHE n sime... basically derang ni duduk menyewa rumah tu utk tido malam je.... macam biasa, bile ada rumah sewa bujang around our house, memang la banyak kerenahnya...
selalunya BBB ni belasah main karaoke sepanjang hari... kadang2 aku dengar pukul 9 pagi dah start... agaknya derang keje shift kot... takpe laa.. since aku pun memang kaki karaoke, i could understand that they need to sing eventho suara mengalahkan katak puru.... Cina sebelah ni pun kadang2 bile datang angin dia, belasah lagu techno kuat2 waktu tengahari.... kadang2 sampai ke maghrib... tapi, aku still bole tolerate sebab rumah aku ni mmg nipis dindingnya, so i can't expect more, right? janji tak bising tengah malam, sudah...
nak dijadikan cerita, semalam lepas lunch (yg aku masak ayam penyet tuuu) aku dgn redza tengah melayan tv citer apa entah, sekali redza bangun... n he said, "Polis..." aku buat deeekkk je laa... alaa... mcm la tak biasa polis come by and say hie to the people.... (walaupun itu di luar batas normal sebenarnya.... tapi sebab aku malas nak layan laki aku yg tetiba bzbodi, aku bo-layan laa) n yes, betul aku nampak polis tengah berbual2 dgn Cina sebelah... (masa tu ada bini dia, mak dia, adik dia.. mak n adik dia dtg visiting jee.. tak tinggal sini) makin lama, makin kuat.... last2 aku mute-kan tv utk mendengar butiran lanjut.... tapi still cannot catch up with what's going on....
then, i told redza, "takpe, kang i tanya mak dia... mak dia banyak cakap... kang sure dia bagitau.. hehe" n redza said, "now sape yg bzbodi??" hahahaha.... anyway, aku tak dapat bercakap dgn mak dia lepas tu... hinggalah hari ni bila aku jumpa bini cina sebelah kat luar..... mak pun apa lagi nyah, gossiping leee....
well, sebenarnya polis semalam datang to ask them betul ke derang ada potong tali ponco yg cover kereta BBB..... ok, situasi: BBB pasang ponco biru belang2 kat rumah derang as an extended porch to cover up their car... tali ponco tu diikat kat pagar bahagian rumah cina sebelah... satu hari, itu tali sudah putus sebab ponco tu bukannya kuat pun... dah la dua-tiga hari ni hujan lebat... dah sah2 air hujan akan bertakung n menyebabkan tali ponco tu putus! now, BBB sudah accuse Cina sebelah's wife of cutting the ropes... N DIA REPORT POLIS! OMG!!!!
ada banyak kebodohan ala2 orang terencat akal jugak pada si BBB ni...
1) there are two pieces of ponco... yg tak teguh base nya n di-selotape di tengah2 dgn duct tape n just stupidly tied to a fence... so, kenapa expect benda tu perform mcm REAL porch?? duct tape tu kena air 2-3 titik terus hilang gam nya cik abang ooii!
2) derang ni keje MMHE n Sime Darby.. so im sure they are not some school drop-outs yg bodoh lagi maha sengal
3) kalau kereta dia Ferrari ke, Porsche ke, ala.... takyah jauh laa... VIOS ke, aku bole la paham nape kereta tu wajib diteduhkan.... tapi, ni setakat WAJA buruk tin milo aku tendangpun bole berlubang tu, tak payah la nak beriye2 sangat kan! kalau tak suka basah, simpan kat kampung! (FYI, derang ni pegi keje naik motor, keta simpan kat umah buat bawak balik kampung or jalan jauh je or nak pick up minah kilang yang bersepah kat PG ni)
4) tak payah la sampai nak report polis kan..... nampak sangat tak macho!
so, the police came to chat with Cina sebelah n of course Cina sebelah's wife told the officer the real story... masa benda tu putus, bini Cina sebelah balik kampung... mcm mana dia nak pegi potong tali tu??? ADUIIIII..... yg paling best, BBB tak berani kuar rumah bile polis datang rumah derang.... tau pulak takut! sebab polis pun cakap, "buat malu je hal kecik mcm ni nak gaduh... 1 malaysia ke ni??" plus, derang sangkut ponco tu mcm tu sebenarnya illegal... mana bole taruk extension haram mcm tu... sebenarnya PBT bole saman derang.... ish! dah la memburukkan pemandangan... kalau utk sementara, like for kenduri or something takpe jugak....
aku ni dari tadi dok chat2 dgn bini Cina sebelah, mcm2 la dia komen.... dia pun pelik... orang Melayu ISLAM buat mcm ni.... dia siap kata, " ini mcm terrorist" hmmm.... mcm mana eh? macam mana kita sebagai orang Islam nak convince orang agama lain utk hormat n faham religion kita kalau ada DUNGU2 seumpama BBB ni di merata2.... cuba citer sikit.... fakta yg aku tak bole blah lagi ialah, BBB hanya menyewa... n Cina sebelah ni beli rumah ni... tapi, kenapa BBB yg berlagak besar kepala sangat kat sini?? kalau bapak aku, neighbour penyewa buat hal, dia pegi sound direct je.... "awak tu menyewa, buat cara menyewa..."
so, moral of the story is, kita ni orang Islam yg patutnya menunjukkan contoh teladan yg baik pada orang non-muslims... Islam pun ada mengajar kita adab sopan dalam berjiran... even nak renovate rumah kalau sampai menghalang angin ke rumah jiran pun tak bole, apatah lagi menuduh melulu sampai repot polis..... lagi satu, kita menyewa bermaksud kita bukan la pemilik mutlak property tu... maknanya kita kena hormatkan the people who actually own the property.... masuk kandang kambing, meng-embek.... kita bukan nak duduk sini lama pun.... sabar sikit tak bole ke??
i always feel this has got to do with upbringing and inner-self-bringing jugak... kadang2 sekolah pandai2 pun kalau dah memang perangai mengalahkan orang primitif, tak guna jugak! orang mcm ni patut buat rumah kat tengah2 hutan duduk sorang2 takde jiran.... sebab duduk bermasyarakat kat taman perumahan yg cantik pun mcm kera, baik tak payah, kan! i suggest, gi duduk dalam gua lagi baik! so, tell me.... nak buat mcm mana dengan dungu2 mcm ni? kita selalu kata orang Cina kiasu, kiasu.... tapi, in this case, siapa yg kiasu? pk la sendiri... adakah kita pun ada unsur2 BBB dalam diri kita??
-jiran yg tak paham-
Wednesday, November 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sungguh panjang cerita ini tetapi tetap menghiburkan. Tulah dulu,we must all learn to be better neighbours..and not just better neighbours but better human beings ultimately.I pun kadang2 cepat marah jugak, so this is a good reminder for me as well :)
ReplyDelete